Tuesday, October 20, 2009

Umpama Syurga atau Neraka?Anda tentukan...


Sewaktu Rasulullah s.a.w berada di masjid untuk menunaikan solat lalu baginda mendapati beberapa orang sedang berbual sambil ketawa.
Tegur baginda, "Jika kamu banyak mengingati maut tidaklah kamu bersikap demikian.
Selalulah ingat akan saat kematianmu, sesungguhnya setiap hari yang berlalu kubur akan memanggil, " Aku adalah belukar terbiar yang dipenuhi debu. tempat tinggal segala cacing."


Apabila seseorang mukmin meninggal maka berkatalah kubur,
"Salam sejahtera aku ucapkan, betapa bertuahnya kamu kerana memasukiku.Daripada segala manusia yang melataiku, kamulah yang paling aku kasihi. Sekarang kamu datang kepadaku maka lihatlah bagaimana layananku padamu" Maka kubur pun terbuka luas sejauh mata memandang. Satu pintu syurga yang terbuka dan sesiapa yang melaluinya akan merasai udara yang nyaman yang tak pernah terhidu sebelum ini.


Tetapi jika seseorang yang melakukan maksiat dan mungkar meninggal dunia maka akan berkata kubur kepadanya, "Tidak ada ucapan selamat untukmu, kedatanganmu ke sini membawa kecelakaan ke atas dirimu. Dari segala jenis manusia yang melata diatasku, kamulah yang paling aku benci.Kerana kamu telah memasukiku maka lihatlah bagaimana aku melayanimu." Maka kubur pun menjadi sempit sehingga tulang belulangnya bertemu.
70 ekor ular berbisa dilepaskan untuk mematuknya sehinggalah hari kiamat.
Bisa ular ini amat luar biasa, jika seekor darinya melepaskan air bisanya ke bumi, pasti sehelai rumput pun tidak akan hidup.


Selepas dari teguran itu baginda menyambung lagi katanya
"Kubur adalah seumpama sebuah taman syurga atau sebuah lubang neraka"

No comments:

Post a Comment