Saturday, February 6, 2010

Nak tahu rahsianya???


RAHSIA 2 - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassiu m (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkha siat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal.

Khasiat dari Al-Quran...


1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :
Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit
Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.
Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.

2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :
Baca dalam musibah bukan sahaja kematian
Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.

3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :
Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar

4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3
Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.

5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :
Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman

6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27
Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.

7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15
Doa untuk jauhkan seksa kubur
Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.
Untuk Mohon murah rezeki

8) Surah Al Qadr
Doa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib

9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :
Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun

10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :
Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman

11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74
Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).

12) Surah Al-Imran / Ayat 200
Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.

13) Surah Ash-Sharh
Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

Lalainya aku wahai Tuhan...


Manusia sentiasa lalai dalam menjalani kehidupan yg Allah berikan diatas muka bumiNya ini... kadang kita terlupa sesungguhnya Allah telah menyiapkan seksaan yg sekeras-kerasnya bagi perbuatan yg menjurus kita ke lembah kehinaan yg pling dibenci Allah... Kita selalu berfikir tentang hal2 penting sedangkan hal2 remeh seperti mengumpulkan wktu solat kita abaikan...apa hukum sebenarnya...?ayuh kita bongkarkan supaya kita dpt m'perbetulkan diri yg hina ini..

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.


Apa anda tahu tentang sihir?








Jom tanya Ustazah Fatima Al-Zahra


Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu
balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc.

3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat
subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart! "Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan
tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.

- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati

- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off..
Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas,
keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

Note!

Tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban!
Also, do not sing in tandas!
Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa
atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh.
Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.

Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir..

Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: Bismillaahi (3x)

A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.

Bacalah ayat di atas 7 kali.

Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka.
Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah,
Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan
melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit
lagi.

Treating Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:

- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus.
Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).

Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia...


Wallahu'alam...moga dpt ikhtibar daripada pesanan2 ini..

Friday, November 13, 2009

...KetiKa CiNta BertasBih...


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan
sabdamu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku

Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta...

Tuesday, October 20, 2009

Umpama Syurga atau Neraka?Anda tentukan...


Sewaktu Rasulullah s.a.w berada di masjid untuk menunaikan solat lalu baginda mendapati beberapa orang sedang berbual sambil ketawa.
Tegur baginda, "Jika kamu banyak mengingati maut tidaklah kamu bersikap demikian.
Selalulah ingat akan saat kematianmu, sesungguhnya setiap hari yang berlalu kubur akan memanggil, " Aku adalah belukar terbiar yang dipenuhi debu. tempat tinggal segala cacing."


Apabila seseorang mukmin meninggal maka berkatalah kubur,
"Salam sejahtera aku ucapkan, betapa bertuahnya kamu kerana memasukiku.Daripada segala manusia yang melataiku, kamulah yang paling aku kasihi. Sekarang kamu datang kepadaku maka lihatlah bagaimana layananku padamu" Maka kubur pun terbuka luas sejauh mata memandang. Satu pintu syurga yang terbuka dan sesiapa yang melaluinya akan merasai udara yang nyaman yang tak pernah terhidu sebelum ini.


Tetapi jika seseorang yang melakukan maksiat dan mungkar meninggal dunia maka akan berkata kubur kepadanya, "Tidak ada ucapan selamat untukmu, kedatanganmu ke sini membawa kecelakaan ke atas dirimu. Dari segala jenis manusia yang melata diatasku, kamulah yang paling aku benci.Kerana kamu telah memasukiku maka lihatlah bagaimana aku melayanimu." Maka kubur pun menjadi sempit sehingga tulang belulangnya bertemu.
70 ekor ular berbisa dilepaskan untuk mematuknya sehinggalah hari kiamat.
Bisa ular ini amat luar biasa, jika seekor darinya melepaskan air bisanya ke bumi, pasti sehelai rumput pun tidak akan hidup.


Selepas dari teguran itu baginda menyambung lagi katanya
"Kubur adalah seumpama sebuah taman syurga atau sebuah lubang neraka"

CintaKu di JabaL Rahmah???


Assalamualaikum...
Nape tulis tajuk mcm ni...?
Sebenarnye tgh dok tgk2 suratkhabar,terbaca 1 kisah cinta yg menarik..
Sbb cinta yg dicari olehnya dijumpai waktu buat umrah dgn family die..
kt mekah pulak tu...
Camana erk?kena tulis nama dia ke?
x kot..nk letak nama adam & hawa la..=)


Ceritanya...
Adam ni x ade teman lg sbb sbuk dgn kerja dan sebagainya...
Smpai 1 ketika, ibu mengajaknya mengerjakan umrah bersama keluarga..
Sewaktu si Adam ni kat sana, Adam rasa berdebar apabila matanya terpandang seorang gadis yg mengerjakan umrah bersama keluarga melalui penganjur yg sama jugak...
Perancangan Allah itu lengkap..
Setiap kali Adam beralih pandangan dari buku ibadat yg dibacanya, mesti dia akan terpandang pada si Hawa..
=)bermula lah cerita cintanya...

Waktu Adam melakukan ibadah tawaf,ada insiden yg mengejutkan si jejaka ni...
pada mulanya, Adam melakukan ibadah tawaf di sebelah ibunya dan dalam lingkungan ahli keluarganya...tapi dalam sedar x sedar, si Adam ni dh termasuk dalam lingkungan kelurga si Hawa..alangkah terperincinya rancangan Allah s.w.t...subhanallah..
Pertemuan demi pertemuan berlaku antara Adam dan Hawa..
Sampai lah si Adam ni ceritakan segala kejadian ni pada ibunya...
jadi ibu si Adam ni terus merancang pertemuan mereka dgn cara yg halal pulak..

Adam dan Hawa ni hanya berjumpa 3 kali je utk mngenali hati budi masing2 dan pertemuan ke-4 adalah pertemuan paling manis iaitu sewaktu akad nikah...
Tanpa perlu bercinta sebelum kawin pun, mereka dapat disatukan..
itulah agungnya kuasa Kekasihku...
Rancangan menemukan jodoh dgn cara paling indah sekali...
Sebagaimana Firman Allah:
"Perempuan yg baik itu dijadikan untuk lelaki yg baik, manakala perempuan yg jahat itu untuk lelaki yg jahat"

Percayalah pada janji-janjiNya..
Sesungguhnya ia pasti...