Tuesday, October 20, 2009

Umpama Syurga atau Neraka?Anda tentukan...


Sewaktu Rasulullah s.a.w berada di masjid untuk menunaikan solat lalu baginda mendapati beberapa orang sedang berbual sambil ketawa.
Tegur baginda, "Jika kamu banyak mengingati maut tidaklah kamu bersikap demikian.
Selalulah ingat akan saat kematianmu, sesungguhnya setiap hari yang berlalu kubur akan memanggil, " Aku adalah belukar terbiar yang dipenuhi debu. tempat tinggal segala cacing."


Apabila seseorang mukmin meninggal maka berkatalah kubur,
"Salam sejahtera aku ucapkan, betapa bertuahnya kamu kerana memasukiku.Daripada segala manusia yang melataiku, kamulah yang paling aku kasihi. Sekarang kamu datang kepadaku maka lihatlah bagaimana layananku padamu" Maka kubur pun terbuka luas sejauh mata memandang. Satu pintu syurga yang terbuka dan sesiapa yang melaluinya akan merasai udara yang nyaman yang tak pernah terhidu sebelum ini.


Tetapi jika seseorang yang melakukan maksiat dan mungkar meninggal dunia maka akan berkata kubur kepadanya, "Tidak ada ucapan selamat untukmu, kedatanganmu ke sini membawa kecelakaan ke atas dirimu. Dari segala jenis manusia yang melata diatasku, kamulah yang paling aku benci.Kerana kamu telah memasukiku maka lihatlah bagaimana aku melayanimu." Maka kubur pun menjadi sempit sehingga tulang belulangnya bertemu.
70 ekor ular berbisa dilepaskan untuk mematuknya sehinggalah hari kiamat.
Bisa ular ini amat luar biasa, jika seekor darinya melepaskan air bisanya ke bumi, pasti sehelai rumput pun tidak akan hidup.


Selepas dari teguran itu baginda menyambung lagi katanya
"Kubur adalah seumpama sebuah taman syurga atau sebuah lubang neraka"

CintaKu di JabaL Rahmah???


Assalamualaikum...
Nape tulis tajuk mcm ni...?
Sebenarnye tgh dok tgk2 suratkhabar,terbaca 1 kisah cinta yg menarik..
Sbb cinta yg dicari olehnya dijumpai waktu buat umrah dgn family die..
kt mekah pulak tu...
Camana erk?kena tulis nama dia ke?
x kot..nk letak nama adam & hawa la..=)


Ceritanya...
Adam ni x ade teman lg sbb sbuk dgn kerja dan sebagainya...
Smpai 1 ketika, ibu mengajaknya mengerjakan umrah bersama keluarga..
Sewaktu si Adam ni kat sana, Adam rasa berdebar apabila matanya terpandang seorang gadis yg mengerjakan umrah bersama keluarga melalui penganjur yg sama jugak...
Perancangan Allah itu lengkap..
Setiap kali Adam beralih pandangan dari buku ibadat yg dibacanya, mesti dia akan terpandang pada si Hawa..
=)bermula lah cerita cintanya...

Waktu Adam melakukan ibadah tawaf,ada insiden yg mengejutkan si jejaka ni...
pada mulanya, Adam melakukan ibadah tawaf di sebelah ibunya dan dalam lingkungan ahli keluarganya...tapi dalam sedar x sedar, si Adam ni dh termasuk dalam lingkungan kelurga si Hawa..alangkah terperincinya rancangan Allah s.w.t...subhanallah..
Pertemuan demi pertemuan berlaku antara Adam dan Hawa..
Sampai lah si Adam ni ceritakan segala kejadian ni pada ibunya...
jadi ibu si Adam ni terus merancang pertemuan mereka dgn cara yg halal pulak..

Adam dan Hawa ni hanya berjumpa 3 kali je utk mngenali hati budi masing2 dan pertemuan ke-4 adalah pertemuan paling manis iaitu sewaktu akad nikah...
Tanpa perlu bercinta sebelum kawin pun, mereka dapat disatukan..
itulah agungnya kuasa Kekasihku...
Rancangan menemukan jodoh dgn cara paling indah sekali...
Sebagaimana Firman Allah:
"Perempuan yg baik itu dijadikan untuk lelaki yg baik, manakala perempuan yg jahat itu untuk lelaki yg jahat"

Percayalah pada janji-janjiNya..
Sesungguhnya ia pasti...



Friday, October 16, 2009

SeMaLam BersaMa MasjiD..

Program "Semalam Bersama Masjid" yg dianjurkan oleh Sahabat Masjid(SAHAM)..
Program 1st yg dikendalikan oleh 1st year stdents..pastinya banyak kekurangan di situ..
Tapi menjadi AJK sesebuah program sangat bermakna kerana dapat menjayakan dgn sempurna atas kerjasama semua ahli...


Nie la kejeku..buat poster,flyers n memo..x prnah jd AJK publisiti..so, x byk idea sgt...ni idea dr shbt2 yg lain..d'sbbkn forum yg dianjurkan b'tajuk Bicara Cinta:Hatiku Milik Siapa?..hmm kena la buat bntuk love2 sket..bru mnarik..

Hari yg dirancang tlah tiba..Wktu pndftran psrta,..kne ade meja pndftaran mcm nie..mcm profssional..=)sbuk je tgk vdeo skilas pndang utk forum mlm tu..




AJK protokol sdang m'balut hadiah untuk panel forum..sibuk je yg baju hijau tu..semua gambar nk ade..hehe..maaf raihana roslan...cntik kan paper bag tu..pengarah program yg pilih..not bad..=)Forum Bicara Cinta:Hatiku Milik Siapa?...topik yg hangat...=)tp x sehangat org yg datang ke forum ni..biasa la..hdup d kampus..susah untuk kita mngajak kpda kebaikan..tp utk kejahatan, x payah ajak pun x pe...astaghfirullahalazim..


Kaum hawa melebihi kaum adam rasanye..pandainye AJK publisiti mslimat mnyebarkan brita..
=)sape la AJK tue..
Bila dh hbis forum, AJK sbuk susun tugas untuk kejut qiam..ajk kurang, jadi kena susun dgn teliti..tapi juz call je utk gerakkn..x mampu nk kejut dri bilik ke bilik..



ade 2 saf je utk qiamullail..=(lepas qiamullail ade sarapan then riadhah pagi pastu majlis pun selesai..Selesailah 1 tugas dlm misi mnyebarkan agama Allah ini...
Moga semua yg sertai program ini mndpt hidayah dari-Mu Ya Allah.. Amin...

MiLik Siapa TuLang RusuKku???


Assalamulaikum..
Ingin ku kongsikan sedikit pengisian dari terowong jiwaku ini...
Soalan 'milik siapa tulang rusukku' slalu menjengah dalam akal fikiranku..
Andai benar wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki,pastinya tulang rusuk di badanku ini milik seseorang yang tercipta untukku...

Sebenarnya setelah dikaji sendiri dari artikel dan ayat-ayat Quran,
tulang rusuk ini bukan milik sesiapa rupanya...
Firman Allah s.w.t:
"Wahai manusia, jika engkau meragui hari kebangkitan, maka ingatlah Kami telah menciptakan manusia dari tanah, kemudian dari nutfah(air mani)".Surah Al-Haj ayat 5

Tidak ada dalam Al-Quran menceritakan wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Tetapi diceritakan bahawa manusia itu dijadikan dari nutfah(air mani) yang sedikit.
Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
"Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan dari tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang di bahagian teratas. Jika kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan jika kamu biarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)”.

Hadis ini jelas menyatakan peringatan kepada lelaki supaya memuliakan dan menjaga wanita dengan baik..Tugas lelaki adalah sebagai ketua yang akan meluruskan wanita dengan ajaran-ajaran Allah. Kenapa dinyatakan wanita itu sebagai tulang rusuk?
Kerana tulang rusuk itu berlainan dari tulang-tulang yang lain di badan manusia.
Tulang rusuk itu bengkok dgn semulajadi dan tidak dapat diluruskan lagi, justeru dapat mematahkannya..Begitu juga dengan wanita.. Wanita itu berlainan dari segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini..Wanita itu mempunyai keistimewaan dan menjadi pendamping buat lelaki..

Bagaimana agaknya badan manusia itu tanpa tulang rusuk..?Pastinya tidak dapat berdiri dgn betul dan sbgainya..Bagaimana agaknya lelaki tanpa wanita...?Begitulah juga sebaliknya..
Sekarang dapat kita bayangkan knapa diumpamakan wanita sebagai tulang rusuk lelaki kan?
Andai pembaca pernah dengar lagu 'wanita' yang dinyanyikan oleh Devotees..

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Sungguh agung ciptaan Allah itu..
diumpamakan rusuk lelaki..
kerana dekat dihati untuk dikasihi
kerana tulang rusuk itu bengkok,
harus diperbetulkan dgn kelembutan
takut ia akan patah tanpa dapat diluruskan...

Marilah kita memperbetulkan pandangan yang salah ini..
Wanita bukan dijadikan dari tulang rusuk lelaki
tapi diumpamakan seperti tulang rusuk lelaki
supaya wanita dijaga dan dilindungi oleh insan bernama lelaki

Wallahua'lam..
Semoga dapat kita jadikan pedoman...

Thursday, October 15, 2009

RahSia SeKeTuL DagiNg yaNg BerNaMa HaTi...


Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda : “Manusia, dua matanya itu pemberi petunjuk. Kedua telinganya itu corong. Lidahnya itu juru bahasa, Kedua tangannya itu sayap. Kedua kakinya itu pos. Dan hatinya itu raja. Apabila raja itu baik, nescaya baiklah tentera-tenteranya”. [HR Abu Na'im dan Thabrani].
Karena hati merupakan pusat sejati dari seorang manusia, Allah Ta’ala menaruh perhatian khusus padanya.


Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kamu dan tidak pula kepada rupa kamu, tetapi Dia memandang kepada HATI kalian”. [HR Muslim]
Bahkah kerana demikian khusus posisinya, maka baik atau tidaknya suatu amal bergantung sekali dengan hati. Untuk itulah dalam sebuah hadith dikatakan, bahawa amal itu bergantung kepada niatnya. Sedangkan niat itu bertempat di hati.

Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. [QS. Al Ahzab (33) : 5]
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hatimu. [QS.
Al Baqarah (2) : 225]


Apabila cahaya iman yang memantul di hati, Allah SWT menuntun seorang dari kejahilan tentang Allah SWT menjadi ma’rifatullah. Dari ketidaktahuan tentang pelik-pelik dan hakikat-hakikat agama menjadi pemahaman dengan keyakinan. Dengan cahaya iman Allah SWT menuntun seorang ke Siraathaal Mustaqiim.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya… [QS. Yunus (10) : 9]
sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada shiraathal mustaqiim. [QS.
Al Hajj (22) : 54]

Dengan cahaya yang memantul di hatinya, seorang mukmin dapat menyaksikan ayat-ayat Allah tanpa terbatasi oleh ruang dan waktu. Dapat menyaksikan keghaiban kerajaan langit (alam malakut) beserta isinya.

Suatu ketika Rasulullah SAW sedang berjalan-jalan. Beliau bertemu dengan seorang sahabat Anshar bernama Haritsah. Rasulullah SAW bertanya: “Bagaimana keadaanmu ya Haritsah?” Haritsah menjawab : “Hamba sekarang benar-benar menjadi seorang mukmin billah”. Rasulullah SAW menjawab: “Yaa Haritsah, fikirkanlah dahulu apa yang engkau ucapkan itu, setiap ucapan itu harus dibuktikan!” Haritsah menjawab : “Ya Rasulullah, hawa nafsu telah menyingkir, kalau malam tiba hamba berjaga untuk beribadah kepada Allah dan di waktu siang hamba berpuasa…” Sekarang ini hamba dapat melihat Arsy Allah tampak dengan jelas di depan hamba… Hamba dapat melihat orang di syurga saling kunjung mengunjungi, Hamba dapat melihat orang di neraka berteriak-teriak…”Maka Rasulullah SAW berkata : “Engkau menjadi orang yang Imannya dinyatakan dengan terang oleh Allah SWT di hatimu”. [Hadits Riwayat Anas Bin Malik]

Tidak aneh! Sebab dengan cahaya iman inilah seorang mukmin yang dicintai-Nya, melihat dengan penglihatan-Nya, mendengar dengan pendengaran-Nya, memukul dengan tangan-Nya.
Dan tiada cara bertaqarub (mendekatkan diri) dari seorang hamba yang lebih Aku sukai melainkan melaksanakan hal-hal yang Kufardhukan. Namun hamba-Ku itu senantiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan hal-hal yang sunnah, sehinggapun Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi alat pendengarannya yang dengannya dia mendengar. Aku menjadi alat penglihatannya yang dengannya ia melihat. Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku sungguh Aku akan kabulkan, dan jika ia memohon akan perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya. [Hadits Qudsi riwayat Bukhari]
dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. [QS. Al Anfaal (8): 17]

Dari Abi Said Rasulullah SAW bersabda :”…takutlah kamu akan firasat orang-orang mukmin, sebab mereka memandang dengan cahaya Allah…” [HR Tirmidzi]
Dari Ummu Salamah R.A, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila dikehendaki oleh Allah kebajikan pada seorang hamba, niscaya dijadikan-Nya orang itu memperoleh pelajaran dari hatinya.” [HR. Abu Manshur Ad-Dailamy].
Dari Abi Said Al Khudry, Rasulullah SAW bersabda : “Hati orang mukmin itu bersih, padanya pelita yang bercahaya gemilang.” [HR. Ahmad dan Thabrani].
Berkata Wahab bin Munabbih, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Allah Ta’ala telah berfirman : “Sesungguhnya semua petaka langit dan bumi akan menjadi sempit untuk merangkul Zat-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh hati seorang
Mu’min.” [HR. Ahmad]

MeNuJu SyuRga DeNgan CiNta...



Setiap individu pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap manusia, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam Islam, cinta merupakan masalah utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.


Sabda Rasullulah SAW.:
"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)


Oleh karena itulah Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada aqidah, juga cinta kepada sesama makhluk, sebagaimana Allah menjadikan perasaan cinta antara suami istri sebagai sebagian tanda dan bukti kekuasaan-Nya,


firman Allah SWT:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (QS. Ar-Ruum: 21).
Jelaslah bahwa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam aqidah orang mukmin, seperti halnya cinta juga menjadi dasar dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang, sebagaimana terlukis indah dalam sabda Rasulullah SAW :


"Demi Zat yan diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)



Dalam hadith diatas, Rasullulah SAW menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam aqidah, dan asas dalam agama.
Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.



Sayangnya dalam keadaan saat ini, cinta yang lahir cenderung penuh hawa nafsu dan menyimpang daripada tujuan murni yang sebenarnya. Setiap saat, setiap hari kita dibuai dengan lagu cinta, dibuat terlena dengan tontonan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayal yang merugikan. Kini bahkan banyak yang menyalahertikan makna cinta sebenarnya, sehingga terdorong melewati batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.
Untuk itu, renungkanlah sejenak hakikat kehidupan kita di dunia.


Rasullulah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri." Juga sabda Rasulullah, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah." (HR Hakim dari Abu Hurairah).


ReNung-renungkan dan selamat beramal...