Friday, October 16, 2009

MiLik Siapa TuLang RusuKku???


Assalamulaikum..
Ingin ku kongsikan sedikit pengisian dari terowong jiwaku ini...
Soalan 'milik siapa tulang rusukku' slalu menjengah dalam akal fikiranku..
Andai benar wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki,pastinya tulang rusuk di badanku ini milik seseorang yang tercipta untukku...

Sebenarnya setelah dikaji sendiri dari artikel dan ayat-ayat Quran,
tulang rusuk ini bukan milik sesiapa rupanya...
Firman Allah s.w.t:
"Wahai manusia, jika engkau meragui hari kebangkitan, maka ingatlah Kami telah menciptakan manusia dari tanah, kemudian dari nutfah(air mani)".Surah Al-Haj ayat 5

Tidak ada dalam Al-Quran menceritakan wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Tetapi diceritakan bahawa manusia itu dijadikan dari nutfah(air mani) yang sedikit.
Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
"Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan dari tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang di bahagian teratas. Jika kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan jika kamu biarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)”.

Hadis ini jelas menyatakan peringatan kepada lelaki supaya memuliakan dan menjaga wanita dengan baik..Tugas lelaki adalah sebagai ketua yang akan meluruskan wanita dengan ajaran-ajaran Allah. Kenapa dinyatakan wanita itu sebagai tulang rusuk?
Kerana tulang rusuk itu berlainan dari tulang-tulang yang lain di badan manusia.
Tulang rusuk itu bengkok dgn semulajadi dan tidak dapat diluruskan lagi, justeru dapat mematahkannya..Begitu juga dengan wanita.. Wanita itu berlainan dari segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini..Wanita itu mempunyai keistimewaan dan menjadi pendamping buat lelaki..

Bagaimana agaknya badan manusia itu tanpa tulang rusuk..?Pastinya tidak dapat berdiri dgn betul dan sbgainya..Bagaimana agaknya lelaki tanpa wanita...?Begitulah juga sebaliknya..
Sekarang dapat kita bayangkan knapa diumpamakan wanita sebagai tulang rusuk lelaki kan?
Andai pembaca pernah dengar lagu 'wanita' yang dinyanyikan oleh Devotees..

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Sungguh agung ciptaan Allah itu..
diumpamakan rusuk lelaki..
kerana dekat dihati untuk dikasihi
kerana tulang rusuk itu bengkok,
harus diperbetulkan dgn kelembutan
takut ia akan patah tanpa dapat diluruskan...

Marilah kita memperbetulkan pandangan yang salah ini..
Wanita bukan dijadikan dari tulang rusuk lelaki
tapi diumpamakan seperti tulang rusuk lelaki
supaya wanita dijaga dan dilindungi oleh insan bernama lelaki

Wallahua'lam..
Semoga dapat kita jadikan pedoman...

No comments:

Post a Comment