Wednesday, September 30, 2009

TuNduKkaN PaNdaNgaNmu....


Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.


3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.


4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.


5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.


6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.


7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.


8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.


9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.


10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.


11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.


12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

Tuesday, September 8, 2009

uNtuKmu Yg SeDaNg MeNanti...


o Untuk dia yang sedang mencari-cari....tentu ada seseorang di sana yang sedang menanti....

Tetapi, kesabaran itu perlu kerana DIA telah mentakdirkan jodoh yang terbaik buat setiap diri...andai tidak di dunia ini pasti di syurga nanti Yang bernama KEKASIH itu telah lama menanti...

Justeru, jangan tersungkur langkah di dunia ini apatah lagi...TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA...

Percayalah....janji-Nya adalah PASTI!!!

Monday, September 7, 2009

MaLu SeoRang WaNita...


Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...


  • Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.
  • Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.
  • Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.
  • Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang
  • Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
  • Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
  • Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
  • Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
  • Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu.
  • Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.
  • Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
  • Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ?
  • Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.
  • Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
  • Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
  • Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.
  • Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
  • Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
  • Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.
  • Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
  • Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah.
  • Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
  • Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.
  • Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
  • Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
  • Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.
  • Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Kem Ihya' Ramadhan....

Kem ini membawa hatiku dekat padaMu..
Terasa dekat diri ini denganMu Ya Allah...
Tetapkanlah imanku supaya aku sentiasa tunduk padaMu...
terasa kerdil diri ini di sisiMu Ya Allah..
betapa agungnya ciptaanMu...
lautanMu seluas saujana mata memandang...

Ya Allah...

sahabatku penyeri hidupku...

mesra kami penawar duka...

rindu kami menambah cinta...

rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah...

silaturrahim kami ukhuwahfillah...

bermusuh kami nauzubillah...

berpisah mati Insyaallah...

sahabatku saudaraku jua...

rahmati kami meniti usia...

terpisah kami di dunia nyata...

temukan semula di taman syurga...

CaRiLah DiA...


TEPUK DADA TANYA IMAN...


AL-QAMAH BERPESAN KEPADA PUTERANYA, KATANYA : WAHAI ANAKKU,KIRANYA ENGKAU MERASAKAN PERLU UTK BERSAHABAT DENGAN SESEORANG, MAKA HENDAKLAH ENGKAU MEMILIH ORANG YG SIFATNYA SEPERTI BERIKUT :-


1) JIKA ENGKAU MEMBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGI MU.


2) JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS BAIK PERSAHABATAN ITU.


3) JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA BERUPA WANG & SEBALIKNYA, IA AKAN MEMBANTU MU.


4) JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA, IA AKAN MENERIMANYA DENGAN BAIK.


5) JIKA DIA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADAMU, DIA AKAN MENUTUPNYA.


6) JIKA ENGKAU MEMINTA BANTUAN DARIPADANYA DIA AKAN MENGUSAHAKANNYA.


7) JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI ( kerana malu hendak meminta ) DIA AKAN MENANYAKAN KESUSAHANMU.


8) JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU, DIA AKAN MERINGANKAN KESUSAHANMU ( membuat sesuatu utk menghilangkan kesusahan itu ).


9) JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA, NESCAYA DIA AKAN MEMBENARKAN MU.


10) JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU MU.


11) JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM, NESCAYA DIA LEBIH SENANG MENGALAH UTK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN.


DEMIKIANLAH PESANAN AL-QAMAH KEPADA PUTERANYA... NAMUN DI ANTARA KATA ATHA' :


PERHATIKANLAH SAHABATMU ITU DI DALAM 3 PERSOALAN :-


1) JIKA MEREKA SAKIT, HENDAKLAH SEGERA MENZIARAHI MEREKA.


2) JIKA MEREKA TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN-URUSAN, MAKA BERILAH BANTUAN.


3) JIKA MEREKA TERLUPA, MAKA HENDAKLAH MENGINGATKAN MEREKA. "


SESUNGGUHNYA TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU MELAINKAN DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI DIA MENGASHI DIRINYA SENDIRI..."


**carilah sahabat yg boleh membantu dirimu dunia akhirat..dan jadilah sahabat yg terbaik utk seseorang..jangan jadi musuh dalam selimut..gunting dalam lipatan..api dalam sekam..cubalah untuk jadi sahabat yg terbaik di antara yang terbaik..wallahu 'alam

SaHaBaT..


“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.
Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)


“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf : 178)

Wednesday, September 2, 2009

MimPi RasuLuLlah s.a.w.


MIMPI Renungan Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."


<>1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

<> 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"